Cari @ Amanz

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL akan dilancarkan secara rasmi. Rekaannya bukan lagi misteri kerana telahpun tertiris awal sejak beberapa bulan yang lalu. Tetapi satu fungsi menarik iaitu pengecasan nirwayar mungkin telah disahkan selepas APK Google diperiksa oleh laman 9to5 Google.

Di dalam aplikasi tersebut ditemui imej Pixel Stand yang mengecas peranti secara menegak. Kebarangkalian ia pengecas nirwayar adalah tingi kerana dol pengecas menegak berwayar boleh dikatakan sudah sedikit ketinggalan zaman. Apabila di dalam Pixel Stand, Pixel 3 boleh berfungsi seperti sebuah Google Home dan menerima arahan suara. Galeri gambar juga boleh dipaparkan sebagai slideshow ketika di dalam dermaga ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd