Cari @ Amanz

Apple Kini Pemilik Rasmi Shazam – Kelak Akan Ditawarkan Secara Percuma, Bebas Iklan

Oleh Aman

Link Copied!

Apple hari ini secara rasminya mengumumkan yang mana kini mereka telah pun mengambil-alih Shazam – iaitu salah satu aplikasi popular yang digunakan ramai dalam pengecaman muzik.

Apple telah mengumumkan pengambil-alihan ini pada tahun lepas, dan kini selepas melalui pelbagai fasa pengesahan pihak berkuasa, Apple kini adalah pemilik rasmi aplikasi berkenaan.

Shazam

Shazam pada hari ini telah dimuat-turun lebih 1 bilion kali oleh pengguna seluruh dunia, dan digunakan lebih 20 juta kali setiap hari untuk pengecaman nama sesuatu muzik.

Apple mengatakan kelak apliasi ini akan ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna, dan hadir bebas daripada iklan dalam menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik.


Komen ()