Google Discover Kini Rasmi – Hadir Dengan Berita Dalam Bentuk Stories

Google Discover Kini Rasmi – Hadir Dengan Berita Dalam Bentuk Stories

Diterbitkan pada Sep 25, 2018 oleh .

Beberapa hari yang lepas, Google Feeds dikatakan akan diubah kepada Google Discover. Hari ini, Google secara rasminya memperkenalkan Google Discover bersama-sama dengan banyak fungsi dan ciri baru yang menarik.

 

Google Discover secara asasnya adalah Google Feeds yang berada dalam aplikasi Google di dalam peranti Android. Google Dicover mengubah antaramuka, hadir dengan pelbagai sokongan bahasa lain dan lebih menarik – ia turut hadir dalam laman web google.com

Carian dan berita yang lebih visual turut diperkenalkan. Berita yang dipaparkan dalam Google Discover turut hadir dalam bentuk Stories seperti Instagram. Selain itu , jika pengguna membuat carian – setiap carian tersebut akan mempunyai visual tersndiri yang menarik. Bercakap mengenai visual, Google Lens turut kini ditambahbaik.

Setiap carian yang dibuat juga kini lebih dinamik dan Google turut memperkenalkan Collections – ia adalah sejarah laman web yang anda lawat, cuma Google secara automatik kumpulkan mengikut kategori. Sejarah lawatan web tadi turut akan dipaparkan dalam bentuk cards dalam laman web Google.

Menurut Google, kemaskini ini akan mula hadir kepada pengguna bermula minggu-minggu akan datang atau beberapa bulan lagi. Kami rasa, Google Discover ini akan dilancarkan bersama-sama dengan Pixel 3 kelak.

 

Sumber Google: [1], [2], [3]


TIPS & ULASAN