Cari @ Amanz

Lagi Pixel 3 XL Tertiris – Kini Lebih Jelas

Link Copied!

Dua hari lepas, @evleaks telah meniris gambar sebenar Pixel 3 dan Pixel 3 XL. Kedua-dua telefon pintar ini dijangka diperkenalkan pada awal Oktober 2018 ini oleh Google. Kini, Pixel 3 XL tertiris dan gambaran keseluruhannya lebih jelas.

Daripada spesifikasi, kedua-dua telefon pintar dijangka hadir dengan cip Snapdragon 845 dan memori 4GB RAM. Ia juga turut bakal hadir dengan Android 9.0 Pie secara terbina padanya.

Seperti biasa, kita mungkin mendengar lanjut mengenai peranti ini tidak lama lagi.


Komen ()