Sempena ulang tahun ke-20 mereka hari ini, Google melakukan perkara menarik seperti Google Doodle dan video pendek carian paling menarik sejak memulakan operasi. Tetapi bagi mereka yang kerap menggunakan Street View, anda kini boleh melawat garaj yang menjadi pejabat pertama Google seperti mana ia kelihatan pada tahun 1998.
Google Garage yang terletak di Santa Margarita, Menlo Park ini dihasilkan semula seperti tahun 1998 menggunakan video yang diambil oleh seorang kakitangan awal pada waktu tersebut. Keseluruhan pejabat pertama Google ini boleh diterokai untuk melihat artifak seperti komputer CRT dan logo awal syarikat ini. Terdapat beberapa telur Easter disorokkan di dalam garaj ini. Dapatkah anda menemuinya?