Lenovo Z5 Pro Dengan Skrin Nirbingkai Dan Rekaan Boleh-Luncur Akan Dilancarkan Oktober Ini

Lenovo Z5 Pro Dengan Skrin Nirbingkai Dan Rekaan Boleh-Luncur Akan Dilancarkan Oktober Ini

Diterbitkan pada Sep 28, 2018 oleh .

Lenovo sebelum ini telah hadir dengan video acah ringkas untuk sebuah telefon pintar baru mereka yang menawarkan rekaan boleh-luncur. Melaluinya, mereka boleh menawarkan peranti yang menggunakan rekaan skrin nirbingkai, dimana kamera dan sensor disembunyikan pada bahagian hadapan yang boleh-luncur.

Kini, ia disahkan yang mana telefon pintar berkenaan akan dikenali dengan nama Lenovo Z5 Pro. Ia turut dijangka akan hadir dengan sokongan pengimbas cap jari terbina pada skrin.

Spesifikasi penuh untuknya masih tidak diketahui lagi. Lenovo menjadualkan pengenalan peranti ini pada bulan Oktober ini. Selain Lenovo, Honor dan Xiaomi juga dijangka akan memperkenalkan peranti dengan rekaan lebih kurang sama pada bulan Oktober ini.


TIPS & ULASAN