Pengguna Melaporkan Masalah Pengecasan Pada iPhone XS Dan iPhone XS Max

Pengguna Melaporkan Masalah Pengecasan Pada iPhone XS Dan iPhone XS Max

Diterbitkan pada Sep 30, 2018 oleh .

iPhone XS dan iPhone XS Max adalah siri iPhone X terbaru dari Apple yang sudah mula dijual. Ia dijana dengan cip pemprosessan A12 Bionic, iaitu cip binaan 7nm. Baru sahaja dua minggu dilancarkan dan kini banyak isu telah dilaporkan. Antara isu yang paling serius adalah masalah pengecasan.

Masalah pengecasan yang dialami adalah, apabila iPhone XS atau iPhone XS Max dikunci dan kabel lightning disambungkan – ia tidak akan dicas kecuali jika skrin dihidupkan melalui ‘double-tap‘ atau ‘lift-to-wake‘. Kemudian, terdapat juga masalah iPhone XS Max terus tidak responsif atau tidak berfungsi (freeze).

Masalah ini hanya boleh diselesaikan jika kabel lightning dicabut dan dipasang, atau hidupkan terlebih dahulu peranti atau juga cabut kabel – terbalikkan dan sambung semula. Ada juga melaporkan, langkah-langkah tersebut masih tidak dapat diselesaikan. Ramai pengguna melaporkan isu ini dan Apple masih tiada maklum balas rasmi yang boleh diselesaikan. Isu ini digelar sebagai #chargegate.

Tidak pasti jika masalah ini adalah dari segi perisian atau iPhone XS dan XS Max itu sendiri yang bermasalah. Saya cuba pada iPhone XS saya dan tidak mengalami isu ini. Kenapa produk Apple yang premium dan berharga mahal ini mengalami isu yang serius dan kenapa Apple tidak memberi sebarang kenyataan rasmi?

Disebabkab tiada kenyataan rasmi dari Apple, pengguna memohon pada YouTuber terkenal, Unbox Therapy untuk sampaikan masalah ini. Harapnya kelak Apple akan sedar akan isu ini dan beri penyelesaian.


TIPS & ULASAN