Carian
‘Face Match’ Mungkin Akan Menggantikan Trusted Face Dalam Peranti Android
September 30, 2018 Fahim Zahar

Voice Match adalah fungsi yang hadir secara terbina dalam aplikasi Google. Fungsi ini juga membenarkan pengguna hanya menyebut ‘Hey, Google’ atau ‘Okay, Google’ untuk nyahkunci peranti dan/atau mengaktifkan Google Assistant. Kelak, ‘Face Match‘ akan hadir sebagai pengganti kepada Trusted Face.

Trusted Face adalah salah satu fungsi lama dalam beberapa peranti Android yang menggunakan kamera hadapan untuk mengecam wajah pengguna untuk nyahkunci peranti. Face Match yang bakal hadir ini akan terbina dalam tetapan Google Assistant. Face Match mungkin adalah untuk digunakan pada Pixel 3 kelak – di mana apabila ia disambung pada Pixel Stand dan wajah pengguna dikesan, Pixel 3 akan memaparkan kandungan khas pengguna. Manakala jika orang lain yang memandang Pixel 3 pada Pixel Stand, hanya kandungan terhad yang akan dipaparkan.

Masih tidak jelas lagi akan fungsi Face Match ini. Kita mungkin akan lihat pengenalannya pada pelancaran Pixel 3 kelak.

Komen