Imej Pengolokan Pengecas Nirwayar Pixel Stand Akhirnya Tertiris

Imej Pengolokan Pengecas Nirwayar Pixel Stand Akhirnya Tertiris

Diterbitkan pada Sep 27, 2018 oleh .

Sebelum ini lukisan pengecas nirwayar Pixel Stand yang direka khusus untuk Pixel 3 dan Pixel 3 XL telah tertiris ia ditemui di dalam APK aplikasi Google terkini. Ia sekaligus mengesahkan Pixel terkini akan akhirnya menyokong pengecasan nirwayar. Ia turut mendedahkan Pixel 3 akan menjadi seperti sebuah speaker pintar Google Home apabila di dalam dermaga pengecas ini.

Semalam imej pengolokan Pixel Stand tertiris mendedahkan rekaannya dengan lebih jelas. Wayar USB-C bersambung pada tapak Pixel Stand yang mempunyai pelapik berwarna jingga. Turut dapat dilihat ialah antaramuka khas pada Pixel apabila sedang dicas. Seperti kami laporkan sebelum ini, ikon akan menjadi lebih besar. Ia sedia mendengar arahan suara yang bakal diberikan oleh pengguna. Ketirisan terkini ini menjadikan Pixel peranti yang bukan lagi misteri sebelum ia dilancarkan pada 4 Oktober hadapan.


TIPS & ULASAN