Cari @ Amanz

Huawei MediaPad M5 Lite Dilancarkan Dengan Pembesar Suara Harman Kardon

Link Copied!

Pasaran tablet Android adalah kecil dengan sebilangan kecil sahaja pengeluar yang masih menjualnya. Bagi yang mencari sebuah tablet Android berspesifikasi kelas pertengahan, Huawei MediaPad M5 Lite telah diumumkan pada hujung minggu lalu.

 Ia sebuah tablet dengan skrin 10.1″ dengan resolusi 1920×1200 pixel, dijana pemproses Kirin 659. memori sebesar 3/4 GB RAM, storan 32/64 GB, kamera hadapan 8MP, kamera belakang juga 8MP dan bateri sebesar 7500 mAh. Terdapat sokongan pengecasan pantas 18W. Seperti MediaPad M5 dan M5 Pro, M5 Lite turut dilengkapi empat pembesar suara yang ditala oleh Harman Kardon.

Tiada pengumuman mengenai tarikh dan harga jualan buat masa ini. Huawei MediaPad M5 Lite ditawarkan dalam warna Champagne dan Space Grey.


Komen ()