Microsoft Surface Headphones Dengan Pembatalan Hingar Dan Roda Kawalan Berputar Dilancarkan
Effi Saharudin
Selain melancarkan model terkini Surface Pro 6, Microsoft turut melancarkan produk baru di bawah keluarga Suface iaitu sebuah fon kepala. Surface Headphones ialah fon kepala nirwayar bluetooth yang dilengkapi sistem pembatalan hingar dan roda kawalan berputar terbina pada bahagian telinga.
https://www.youtube.com/watch?v=xFe_ZYtfsZg
Pengguna boleh mengawal tahap kekuatan sistem pembatalan hingar (ANC) dengan memutarkan roda ini. Selain itu ia mengesan apabila ia ditanggalkan dan menghentikan pemain muzik yang sedang digunakan. Ia turut mempunyai pad sesentuh untuk melakukan kawalan seperti mengangkat panggilan telefon. Bagi yang memerlukan pembantu maya, Surface Headphones boleh dikawal menggunakan Cortana. Ia akan dijual pada harga $350 (~RM 1449) sepasang dalam warna Light Grey.

Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.