Cari @ Amanz

Masih terdapat ramai di kalangan pembaca Amanz yang menyukai jenama Sony kerana kualiti binaannya yang baik. Komen paling kerap mengenai peranti Sony ialah harga jualannya yang kurang mampu milik. Oleh siri Xperia XA dihasilkan dengan spesifikasi sederhana dan harga lebih rendah. Bagi yang menantikan model kemaskini, imej pengolokan Sony Xperia XA3 baru sahaja tertiris.

Ia menggunakan skrin memanjang 18:9 seperti yang boleh ditemui pada Xperia XA2 Plus. Terdapat sistem dwi kamera pada bahagian belakang yang disusun secara mendatar. Pada bahagian hadapan hanya satu kamera digunakan tanpa flash. Pengimbas cap jari dikembalikan semula ke sisi kanan tidak seperti model terdahulu pada bahagian belakang. Apakah pendapat anda tentang imej pengolokan ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd