Carian
Touch ‘n Go Menamatkan Ujian QR Transit Untuk LRT
October 3, 2018 Aman

Touch ‘n Go sebelum ini telah menguji fungsi penggunaan pembayaran transit pada LRT hanya menggunakan imbasan kod QR sahaja – sekaligus memudahkan lagi proses menaiki LRT, dan juga pengurusan perbelanjaan melalui apliksi Touch ‘n Go eWallet.

Ketika peringkat ujian, ia boleh digunakan di beberapa stesen LRT, termasuk di Kelana Jaya, Universiti, Kerinchi, KL Sentral, Dang Wangi, KLCC dan juga Ampang Park.

Touch n Go Digital QR

Walaubagaimanapun, kini pihak TnG mengumumkan yang mana mereka telah pun menamatkan ujian QR Transit ini – sekaligus ia tidak lagi boleh digunakan oleh para penguji yang menyertainya.

Ujian pembayaran QR Transit ini dilakukan sebagai ujian konsep – dimana ia dijangka akan dibentangkan kepada pihak berkuasa, sebelum keputusan lanjut hadir – sama ada ia diimplementasikan atau sebaliknya.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai ciri QR Transit ini daripada Touch ‘n Go.

Komen