Cari @ Amanz

Google Home Mini adalah pembesar suara pintar dengan Google Assistant terbina. Ia turut mempunyai kualiti audio yang baik jika digunakan untuk memainkan muzik. Kini, sempena dengan pelancaran Google Pixel 3 – Google memperkenalkan Google Home Mini berwarna aqua.

Kenapa Google hadir dengan Google Home Mini berwarna Aqua? Kerana menurut ura-ura, Google Pixel 3 akan datang turut akan hadir dengan warna aqua. Jadi ia akan menjadi satu pasang peranti Google yang menarik dengan tema warna yang sama.

Google akan mula menjualnya tidak lama lagi, berkemungkinan bersama-sama dengan Google Pixel 3.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd