Cari @ Amanz

Google bulan lepas, perkenalkan sistem carian serba baru melalui Google Discovers. Ia mempunyai hasil carian yang lebih dinamik, pengumpulan sejarah carian dan banyak lagi. Google Assistant kini menerima kemaskini rekaan yang lebih kemas dan mudah digunakan – tetapi Google Discover masih belum kelihatan.

 

Google Assistant kali ini memfokuskan kawalan suara sepenuhnya. Ini kerana perubahan visual memperlihatkan maklum balas Google dalam bentuk cards dan dialog lebih jelas dan kemas. Antaramukanya lebih selari dengan Google Assistant untuk paparan pintar seperti Lenovo, JBL atau Google Home Hub. Selain itu, kemasan antaramukanya juga adalah lebih mesra untuk kawalan sentuhan.

 

Menarik sekali, menghantar mesej kini juga lebih menarik. Google membenarkan membuat sedikit perubahan pada arahan ini sambil arahan suara diberikan. Kebiasaannya, apabila arahan suara diberi dan skrin disentuh – arahan suara akan berhenti. Kini tidak lagi.

 

Google Actions juga kini kelihatan berfungsi dengan lancar. Contoh adalah langganan kepada ‘Headspace’ (boleh dilanggan di Malaysia). Hanya dengan arahan suara, ‘Headspace’ boleh dilanggan, dicuba dan pengguna boleh terus membuat pembayaran. ‘Headspace’ adalah perkhidmatan untuk pengguna membuat meditasi menenangkan diri atau tidur dengan sempurna.

Kemaskini ini sudah pun mula diedarkan hari ini dan pengguna boleh melihatnya dalam kemaskini aplikasi Google yang terkini.

 

Sumber Google: [1], [2]

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd