Ura-ura Samsung akan melancarkan peranti dengan empat kamera utama pada bahagian belakang telah didengari sejak bulan September. Malahan imej acah Samsung Unpacked yang akan berlangsung di Kuala Lumpur minggu hadapan memberikan petanda ini adalah benar. Hari ini spesifikasi Samsung Galaxy A9 tertiris dan sekali lagi mengesahkan kewujudan empat kamera utama pada bahagian belakang.
Menurut laporan laman AllAboutSamung, Galaxy A9 dilengkapi skrin 6.28″ SAMOLED FHD+, dijana pemproses Snapdragon 660, memori sebesar 6GB RAM dan storan sebesar 128GB. Kamera hadapan dan bateri sebesar 3720 mAh dengan sokongan pengecasan pantas menerusi USB-C.
Kamera hadapan sebesar 8-Megapixel f/1.7. Kamera utama adalah kombinasi 24+10+8+5 Megapixel. Sensnor 24-Megapixel adalah untuk mod biasa dengan OIS. Sensor 10-Megapixel f/2.4 pula adalah untuk zoom optikal 2X. Sensor 8-Megapixel hadir dengan sokongan lensa sudut lebar 120 darjah. Akhir sekali sensor 5-Megapixel adalah sekadar untuk mengesan kedalaman. Jika spesifikasi ini benar, Galaxy A9 ialah peranti pertama dengan empat kamera utama di bahagian belakang dipasarkan.