Carian
Acara Samsung Unpacked 2018 Akan Berlangsung Di Kuala Lumpur 11 Oktober Ini
September 19, 2018 Effi Saharudin

Unpacked ialah acara yang diadakan oleh Samsung sempena pelancaran produk terbaru mereka. Kali terakhir ia berlaku di New York Ogos lalu sempena pelancaran Galaxy Note 9. Menarik sekali ia akan julung kali diadakan di Kuala Lumpur pada 11 Oktober hadapan sempena pelancaran peranti terkini mereka menerusi jemputan yang mula diterima pengamal media tempatan.

Ini menjadikan Malaysia negara pertama di rantau ini menjadi tuan rumah kepada Unpacked. Imej acah untuk acara yang dikongsi sebelum ini hadir dengan slogan “4X Fun”. Seperti kami laporkan semalam, Samsung Galaxy A7 2018 dengan tri-kamera utama adalah peranti yang dipercayai akan dilancarkan pada acara ini kelak. Bulan Oktober adalah bulan yang cukup sibuk dengan pelbagai pelancaran produk terbaru. Teruskan bersama Amanz untuk liputan lengkap kesemua peranti yang akan dilancarkan.

Komen