Google Assistant diberikan kemaskini antaramuka yang membolehkan pelbagai maklumat penting dipaparkan setempat. Bagi pengguna Grab di Malaysia, ia kini boleh ditempah menggunakan kawalan suara Google Assistant.
Pengguna hanya perlu memberikan arahan seperti “book me a ride to KLCC” dan Assistant akan memaparkan anggaran harga Grab dan juga waktu perjalanan. Selain Grab, perkhidmatan Uber, Lyft, Ola dan GO-JEK juga boleh ditempah menggunakan cara yang sama. Buat masa ini ia hanya menyokong bahasa Inggeris dan di negara dimana perkhidmatan tempahan kenderaan yang disenaraikan disokong.