Carian
Rekaan Huawei Mate 20 Tertiris Dengan Skrin Bertakuk Kecil
October 5, 2018 Effi Saharudin

Tinggal sekitar sepuluh hari sahaja lagi sebelum Huawei Mate 20 Pro dan Mate 20 dilancarkan secara rasmi. Rekaan Mate 20 Pro telah tertiris minggu lalu yang menunjukkan penggunaan skrin bertakuk besar serta tri-kamera dalam susunan berkotak. Semalam imej pengolokan rasmi Mate 20 pula tertiris menunjukkan perubahan kecil berbanding versi Pro.

Mate 20 dilengkapi skrin berdagu serta bertakuk kecil. Terdapat ura-ura sistem imbasan wajah 3D seakan Face ID hanya disertakan pada versi Pro. Oleh itu Mate 20 tidak memerlukan takuk bersaiz besar. Pada bahagian belakang rekaan tri-kamera masih lagi sama dan juga panel kaca. Turut dapat dilihat ialah penjenamaan lensa dari Leica. Apakah pendapat anda tentang rekaan peranti ini? Cukup menarik?

Komen