Carian
Spesifikasi Huawei Watch GT Tertiris – Tidak Menggunakan Wear OS Dan Bateri Sehingga Tujuh Hari
October 10, 2018 Effi Saharudin

Huawei dijangka melancarkan jam tangan pintar Huawei Watch GT mereka serentak dengan Mate 20 minggu hadapan. Sebelum ini rekaan jam tangan pintar dengan rekaan ranggi ini telah tertiris. Semalam giliran spesifikasinya pula tersebar ke arena web. Sedikit mengejutkan ia tidak menggunakan sistem operasi Wear OS.

Huawei Watch GTSebaliknya perisian Huawei akan digunakan sebagai ganti.  Kedua-dua Huawei Watch sebelum ini menggunakan sistem operasi yang dibangunkan oleh Google. Watch GT dilengkapi skrin 1.39” OLED berbentuk bulat, dijana pemproses Cortex M4 dan bateri sebesar 420 mAh. Ia boleh beroperasi sehingga tujuh hari dengan sekali caj atau 20 jam dengan GPS terpasang sepanjang masa.

Komen