Cari @ Amanz

Huawei sedia menjadualkan pengenalan peranti baru pada 16 Oktober kelak, dimana pengeluar peranti terkemuka berkenaan dijangka memperkenalkan telefon pintar dibawah siri Huawei Mate 20. Kini, selain daripada telefon pintar berkenaan, Huawei juga dijangka memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka, dinamakan Huawei Watch GT.

Huawei Watch GT

Huawei Watch GT dijangka hadir dalam dua variasi, iaitu GT Sport dan juga GT Classic. Jam tangan pintar ini bakal hadir dengan cipset Snapdragon Wear 3100 yang terbaru, selain berkmemungkinan menjalankan sistem operasi Wear OS.

Dengan penggunaan cipset terbaru ini, ia sekaligus dijangka menawarkan masa penggunaan yang lama – apatah lagi dengan mod penjimatan bateri terbaru yang menawarkan kemudahan untuk nyah-aktif pelbagai fungsi dan memfokuskan kepada paparan jam sahaja.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 16 Oktober ini untuk melihat kejutan yang akan dibawakan oleh Huawei melalui jam tangan pintar terbaru mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd