Carian
Twitter Menghentikan Sokongan Moment Pada Aplikasi Peranti Pintar
October 10, 2018 Effi Saharudin

Twitter Moment dilancarkan pada tahun 2015 untuk memudahkan kicauan berkaitan dikumpulkan sebelum dikongsi semula ke susur masa. Dengan Moment adalah lebih mudah mendapatkan cerita yang lebih lengkap kerana tidak hanya hadir dari satu sumber. Fungsi ini akan dihentikan sokongannya pada aplikasi Android dan iOS bermula 23 Oktober.

Twitter MomentsSokongan pada peranti mudah alih dihentikan kerana Twitter mendapati ia tidak digunakan dengan meluas. Bagi pengguna yang masih mahu menggunakan Moment, ia kini hanya boleh diakses menerusi Twitter versi laman web. Walaupun kami pengguna tegar Twitter, harus diakui hanya pernah menggunakan moment sekali sahaja sekadar mencuba.

Komen