Google Pixel 3 XL yang baru dilancarkan semalam, menggunakan skrin 6.3″ OLED dengan sokongan HDR. Ia mempunyai resolusi QHD+ yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan Pixel 3 yang hanya menyokong FHD+. Tetapi bagaimanakah prestasi skrin Pixel 3 XL ini jika dibandingkan dengan iPhone XS Max dan Samsung Galaxy Note 9?
DisplayMate has Lab Tested the Google Pixel 3 XL OLED Display which has earned our Highest A+ Rating and a DisplayMate Best Smartphone Display Award. Our in-depth Display Shoot-Out review article will go live here on Monday October 15.
— DisplayMate Tech (@DisplayMate) October 9, 2018
DisplayMate telah menobatkan Pixel 3 XL sebagai peranti dengan skrin terbaik pada telefon pintar setakat ini. Ia mengalahkan iPhone XS Max yang hanya beberapa minggu yang lalu memintas Galaxy Note 9 sebagai peranti dengan skrin terbaik. Laporan penuh prestasi skrin Pixel 3 XL akan hanya dikeluarkan pada 15 Oktober. Biasanya ini akan kemudiannya dipintas oleh peranti terbaru di pasaran. Jadi terdapat kemungkinan tempat Pixel 3 XL akan kemudian diambil alih pula oleh Huawei Mate 20 Pro minggu hadapan.