Carian
Google Home Hub Tidak Menggunakan Sistem Android Things
October 11, 2018 Fahim Zahar

Pada bulan Mei tahun ini, Google telah melancarkan Android Things. Ia adalah sistem operasi untuk digunakan pada peranti berhubung seperti pembesar suara pintar atau paparan pintar. Tetapi, pada Google Home Hub yang baru dilancarkan dua hari lepas – Google masih tidak menggunakan sistem ini.

Google Home Hub

Menjadi persoalan, kenapa Google tidak menggunakan Android Things dan apakah sistem yang Google gunakan? Google menggunakan sistem daripada Chromecast. Google menyatakan kerana, pengalaman penggunaannya yang sama dan mereka lebih selesa. Kemudian, spesifikasi yang Google gunakan pada Home Hub adalah istimewa dan tidak sama dengan apa yang Google iktiraf untuk peranti berhubung dari pengeluar lain.

Tambahan Google lagi, jika pembangun inginkan sistem Chromecast ini – mereka berbesar hati memberikannya. Tetapi di sini nampaknya, untuk produk peranti berhubung Google – Google akan menggunakan perkakasan tersendiri dan ekosistem tersendiri dan sistem yang Google sediakan adalah untuk pihak ketiga gunakan.

Komen