Carian
Oppo Mempatenkan Sistem Pengecasan Nirwayar Pantas
October 12, 2018 Effi Saharudin

Sistem pengecasan nirwayar masih lagi lebih perlahan berbanding sistem pengecasan berwayar. Ia mengecas pada kadar 15W berbanding mencecah 50W pada SuperVOOC misalnya. Oppo telah mempatenkan sistem pengecasan nirwayar yang lebih pantas dan mungkin akan diperkenalkan pada peranti keluaran mereka kelak.

Menerusi dokumen yang difailkan, sistem pengecasan nirwayar Oppo mengecas pada kuasa 15W. Tidak diketahui sama ada Oppo akan menggunakan piawaian Qi ataupun mereka sendiri. Piawaian Qi 1.2 sekarang menyokong pengecasan pada kadar 15W. Sekiranya Oppo menyertakan sokongan pengecasan nirwayar, ini juga bermakna Vivo dan OnePlus akan turut menyokongnya dalam masa terdekat.

Komen