Cari @ Amanz

IDC telah mengeluarkan angka pengeluaran komputer peribadi untuk suka ketiga 2018. Ia mencatatkan penurunan pengeluaran -0.9% berbanding suku yang sama tahun lalu. Lenovo di tangga teratas dengan pegangan 24% pasaran dan peningkatan 5.8% berbanding tahun lalu. Ini diikuti oleh HP (22.8%), Dell (17%), Acer (7.2%) dan Apple (7.1%).

Di antara lima syarikat dengan pengeluaran tertinggi ini, Apple satu-satunya mencatatkan penurunan dengan -11.6% berbanding suku yang sama 2017. Acer pula mencatatkan peningkatan tertinggi dengan +8.5%. Angka yang dicatatkan Lenovo sebenarnya lebih tinggi (+11.5%) jika angka pengeluaran Fujitsu tidak diambil kira. Mereka mengambil alih pegangan majoriti di dalam Fujitsu pada November tahun lalu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd