Cari @ Amanz

Beberapa minggu yang lepas, Facebook telah mengumumkan yang mana mereka mendapati terdapat kerentanan sekuriti pada sistem mereka, yang memberikan akses token kepada pihak ketiga untuk mengakses data pengguna. Ketika itu, Facebook mengatakan sekitar 90 juta akaun terkesan, dan mereka telah pun nyah-aktifkan token pengguna berkenaan – sekaligus memerlukan pengguna log masuk kembali ke akaun Facebook mereka.

Lanjutan daripada itu, hari ini Facebook mengatakan yang mana mereka mendapati pengodam berkenaan telah menggunakan token akses untuk mendapatkan akses kepada informasi sekitar 30 juta akaun. Facebook memohon maaf disebabkan hal ini.

Daripada 30 juta akaun berkenaan, sekitar 15 juta akaun telah diakses nama, emel dan nombor telefonnya. Sementara 14 juta akaun lagi telah diakses nama pengguna, jantina, alamat, tarikh lahir, peranti yang digunakan, latar pendidikan, latar kerja, Pages yang diikuti, dan 15 carian terakhir di Facebook. Sementara 1 juta lagi dikatakan hanya token untuk mengakses akaun dicuri, tetapi akaun mereka tidak diakses.

Bagi pengguna Facebook, anda boleh menyemak laman khusus yang disediakan oleh Facebook disebabkan hal ini, dan mengenal-pasti sama ada akaun anda terjejas ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd