Rekaan Samsung W2019 Tertiris – Peranti Android Dwi-Skrin Dengan Rekaan Klasik

Rekaan Samsung W2019 Tertiris – Peranti Android Dwi-Skrin Dengan Rekaan Klasik

Diterbitkan pada Okt 15, 2018 oleh .

Di China dan Jepun, peranti dengan rekaan boleh lipat masih lagi dijual walaupun rekaannya boleh dikatakan telah ketinggalan zaman. Minggu ini rekaan Samsung W2019 telah tertiris ke arena web dan seperti W2018, ia berkemungkinan besar sebuah peranti boleh lipat clamshell dengan spesifikasi yang tinggi.

Tiada spesifikasi disenaraikan di laman TENAA tetapi ia mengekalkan penggunaan dua skrin dan papan kekunci T9. Ia masih boleh digunakan seperti telefon pintar rekaan candybar apabila dalam posisi terbuka. Dalam posisi terbuka pula, ia kelihatan seperti sebuah peranti dari era awal 2000an.

Tahun lalau W2018 dilengkapi pemproses Snapdragon 835 maka boleh diandaikan W2019 akan dilengkapi pemproses Snapdragon 845. Dengan kata lain W2019 ini adalah sebuah Galaxy S9 dengan rekaan klasik. Seperti model-model terdahulu, W2019 akan hanya dilancarkan untuk pasaran China.


TIPS & ULASAN