Cari @ Amanz

Montblanc hari ini telah memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka, iaitu Montblanc Summit 2, sekaligus menjadikan mereka sebagai antara pengeluar terawal yang hadir dengan cip Snapdragon Wear 3100 pada jam tangan pintar.

Montblanc Summit 2 hadir membawakan rekaan muka jam bulat, dilengkapi memori 1GB RAM, dan ruangan storan 8GB. Ia turut menjalankan sistem operasi Wear OS 2.1.

Montblanc Summit 2

Menariknya, dengan menggunakan Snapdragon Wear 3100, ia turut dilengkapi dengan sokongan penggunaan tenaga rendah, dimana hanya muka-jam sahaja yang diaktifkan, dan pelbagai notifikasi dimatikan apabila bateri mencapai tahap rendah. Ini sekaligus membolehkan anda menggunakannya sebagai jam tangan biasa untuk tempoh lebih lama – dan tidak lagi menghadapi masalah seperti peranti mati beroperasi pada pertengahan hari.

Montblanc Summit 2 ini hanya diumumkan untuk pasaran Amerika Syarikat buat masa ini, dimana ia ditawarkan pada harga $995, iaitu mencapai RM4130 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd