TM Menyasarkan Untuk Menyelesaikan Naik-Taraf Kelajuan Streamyx Menjelang Disember 2018

TM Menyasarkan Untuk Menyelesaikan Naik-Taraf Kelajuan Streamyx Menjelang Disember 2018

Diterbitkan pada Okt 16, 2018 oleh .

Beberapa hari yang lepas, SKMM telah mengumumkan yang mana mereka sedang dalam proses perbincangan bersama syarikat telekomunikasi berkenaan naik-taraf pakej telekomunikasi dan sebagainya. Kini, lanjutan daripadanya, hari ini Telekom Malaysia telah mengeluarkan kenyataan susulan untuknya.

Streamyx Ke Unifi

Telekom Malaysia mengatakan sehingga ke hari ini, mereka telah menaik-taraf hampir 50% daripada pelanggan Streamyx di kawasan Unifi ke pakej Unifi. TM mengatakan mereka turut mengalakkan 170,000 pelanggan Streamyx lagi untuk memilih untuk naik-taraf percuma ini – yang mana boleh disemak melalui laman rasmi TM. Syarikat telekomunikasi berkenaan menyasarkan untuk menyelesaikan proses naik-taraf pengguna Streamyx ke Unifi menjelang Mac 2019 kelak.

TM Streamyx Unifi

Selain daripada itu, untuk pelanggan Streamyx yang diluar kawasan liputan Unifi, mereka akan menerima naik-taraf kelajuan Streamyx. Proses naik-taraf ini dijangka diselesaikan oleh TM menjelang Disember 2018 kelak. Walaubagaimanapun, proses naik-taraf ini hanya meliputi sekitar 180,000 pengguna sahaja.

Untuk baki 500,000 pelanggan Streamyx, Telekom Malaysia mengatakan mereka akan berbincang dengan pihak kerajaan untuk mencapai sebuah keputusan, sekaligus menguntungkan kesemua pihak.

Walaubagaimanapun, pihak TM tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dengan penurunan harga untuk pelanggan Streamyx – berbeza dengan apa yang telah dilakukan mereka untuk pelanggan Unifi baru-baru ini.


TIPS & ULASAN