Cari @ Amanz

OnePlus 6T bakal dilancarkan tidak lama lagi. Menarik dengan OnePlus 6T adalah ia akan menggunakan Oxygen OS serba baru dan berasakan Android Pie. Tapi bagi pengguna OnePlus 3/3T dan OnePlus 5/5T, mereka masih menantikan kehadiran Android Pie. Hari ini, melalui Weibo Pete Lau mengatakan keempat-empat peranti lama OnePlus ini akan mengambil sedikit masa untuk menerima kemaskini berkenaan.

Menurut beliau lagi, para jurutera masih memerlukan masa untuk membangunkan Oxygen OS baru untuk OnePlus 3/3T dan OnePlus 5/5T dan mengharapkan semua pengguna bersabar dan faham.

Oxygen OS adalah sistem operasi OnePlus yang berasaskan Android. Ia adalah hampir dengan Android asli tetapi mempunyai banyak ciri dan fungsi tambahan yang menarik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd