Seperti yang semua sedia maklum, skrin jenis OLED bukan sahaja menjimatkan bateri atau memberi warna hitam yang lebih gelap – tetapi ia juga adalah sejenis skrin yang boleh lengkung. Disebabkan itu, peranti Samsung seperti Galaxy Note 9,S9 atau S8 boleh membuat rekaan skrin melengkung.
Selain daripada Samsung, LG juga turut mempunyai skrin OLED tersendiri. Dengan trend skrin boleh lipat yang bakal menggegarkan dunia tahun hadapan – LG dilihat sedang bekerja dengan Lenovo untuk menghasilkan tablet 13-inci dengan skrin boleh lipat.
Tiada maklumat jelas mengenai peranti ini seperti spesifikasi atau rekaan, tetapi apa yang jelas adalah panel skrin boleh lipat jenis OLED ini akan mula hadir pada pertengahan tahun 2019 kelak. Sebelum ini Lenovo telah mengatakan mereka ingin menjadi yang terawal dalam menghasilkan peranti dengan sokongan 5G. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.