Cari @ Amanz

Berita mengenai sokongan rangkaian 5G bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi ia menjadi persoalan, bagaimanakah sesebuah peranti mampu mencapai satu tahap internet yang laju dan juga berapa lajukah ia mampu capai?

Berita terbaru adalah Lenovo dikatakan bakal menjadi yang pertama yang akan hasilkan telefon pintar dengan sokongan rangkaian 5G. Selain itu, peranti ini adalah peranti mercu yang dikatakan bakal dijana dengan cip Snapdragon 855.

Tiada tarikh pelancaran buat masa ini, tetapi ia mungkin adalah pada awal 2019. Jika benar – Lenovo akan berlumba dengan Huawei dan juga Oppo.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd