Di acara MWC 2018 yang baru sahaja berlalu, Samsung Galaxy S9 dan Asus Zenfone 5Z adalah contoh dua peranti yang menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 845.Ini ialah cip pemprosesan paling berkuasa dikeluarkan oleh Qualcomm tahun ini. Bagi yang kecewa dengan markah penanda arasnya yang tidak mampu memintas Apple A11 dan Exynos 9810, Snapdragon 855 ialah pemproses lebih berkuasa yang disahkan sedang dibangunkan oleh Qualcomm
Kewujudan pemproses ini disahkan selepas ia muncul di dalam laporan kewangan tahunan Softbank untuk tahun 2017. Ia turut disahkan akan dilengkapi modem X50 yang mampu menyokong rangkaian 5G. Cip pemprosesan ini akan menggunakan rekaan 7nm iaitu jauh lebih baik daripada rekaan 10nm yang digunakan pada Snapdragon 845.
Penjenamaan Snapdragon 855 “Fusion Platform” masih lagi menjadi tanda tanya. Ini kerana sebelum ini pemproses Snapdragon menggunakan penjenamaan “Mobile Platform”. Pemproses ini dijangka akan mula digunakan pada peranti pintar pada awal 2019.