Carian
Cip WiFi Qualcomm Generasi Akan Datang Mampu Memberi Kelajuan Sehingga 10Gbps
October 17, 2018 Fahim Zahar

Cip rangkaian dari Qualcomm sememangnya paling laju berbanding cip Intel. Bukti telah pun diterbitkan oleh Qualcomm dengan membuat perbandingan sebelum ini. Cip generasi akan datang adalah berasaskan 60Hz dan mampu memberi kelajuan sehingga 10Gbps.

Cip ini juga akan membantu menambah jangka hayat bateri peranti dengan fungsi keupayaan sentiasa mengesan Wi-Fi dalam mod ambient. Dengan teknologi ini juga, ia mampu mengesan peranti untuk mengenal pasti objek, manusia, pergerakan dan lokasi yang lebih jitu tanpa kesan sampingan dari cahaya. Qualcomm mensasarkan teknologi ini akan digunakan untuk filem,rancangan televisyen 4K dan permainan video.

Menarik sekali, cip ini juga akan memberi kemampuan realiti maya dan realiti berperantara (gabungan) tanpa ada masalah lengah masa. Cip ini juga sudah pun hadir, tetapi peranti yang menggunakan cip ini masih lagi dalam pembinaan – kerana peranti tersebut memerlukan kemampuan 802.11ay WiGig yang hanya akan hadir tahun hadapan.

Komen