Cari @ Amanz

Tanggal 24 Oktober ini genap lima belas tahun pesawat Concorde melakukan penerbangan terakhir. Satu-satunya pesawat penumpang supersonik dunia ini terpaksa menghentikan operasi kerana kos operasi yang tinggi dan masalah keselamatan kerana pesawat yang sudah berusia. Pesawat supersonik generasi terbaru kini sedang dibangunkan dan enjin yang bakal digunakan telah diumumkan.

Enjin Affinity di atas dikeluarkan oleh GE Avionics. Ia bakal digunakan pada pesawat penumpang supersonik Aerion AS2 yang akan melakukan penerbangan sulung pada tahun 2023. GE Avionics menggunakan kepakaran mereka dalam menghasilkan enjin untuk Boeing 787 bagi menghasilkan Affinity.

Enjin ini bukan sahaja boleh beroperasi pada ketinggian 18,000 meter malah memenuhi piawaian pencemaran bunyi serta udara bagi membolehkannya beroperasi di kawasan berpenempatan tinggi. Affinity ialah enjin untuk pesawat penumpang supersonik pertama dihasilkan dalam masa 55 tahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd