Carian
Facebook Dikatakan Akan Membeli Sebuah Syarikat Sekuriti Siber Terkemuka Tidak Lama Lagi
October 22, 2018 Nazrin

Facebook digodam baru-baru ini, dan butiran 30 juta pengguna mereka terdedah, membuatkannya godaman paling teruk yang dikena oleh mereka setakat ini.

Kini, terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa syarikat sosial media tersebut bakal membeli sebuah syarikat sekuriti siber untuk memperbaiki sistem sekuriti platform mereka daripada masalah godaman dan masalah-masalah lain seperti parti ketiga menyimpan data pengguna seperti isu Cambridge Analytica.

Buat masa ini, tiada sebarang nama yang diberikan, tetapi laporan daripada laman web The Information menyatakan bahawa beberapa syarikat telah diberi tawaran pembelian, dan Facebook berharap untuk melengkapkan pembelian tersebut pada penghujung tahun 2018 kelak.

Dengan pembelian syarikat sekuriti tersebut, Facebook berharap bahawa mereka bukan sahaja dapat memperbaiki kerentanan platform media sosial tersebut, tetapi juga memperbaiki kepercayaan pengguna setia platform tersebut terhadap mereka, kerana pelbagai isu-isu lain yang membelenggu platform tersebut sebelum ini.

Komen