Cari @ Amanz

Tahun 2018 bukanlah tahun yang baik bagi Facebook dan Mark Zuckerberg. Laman media sosial ini dilanda skandal Cambridge Analytical serta data pengguna yang telah digodam. Selain daripada itu ramai kakitangan meletakkan jawatan kerana pertelingkahan dengan Zuckerberg. Pagi ini giliran Brendan Iribe, salah seorang pengasas Oculus pula meninggalkan Facebook.

Menurut Iribe, beliau meninggalkan Facebook kerana ingin menumpukan perhatian kepada perkara selain set realiti maya. Beliau berterima kasih kepada Zuckerberg kerana memberikan kepercayaan kepada teknologi realiti maya. Pada waktu yang sama terdapat spekulasi beliau meninggalkan Facebook kerana tidak bersetuju dengan pembatalan set realiti maya Rift 2 serta hala tuju Oculus.

Sejak diambil alih pada tahun 2012, Oculus menjadi platform realiti maya utama oleh Facebook. Tetapi seperti syarikat lain yang diambil alih Zuckerberg, pertelingkahan dengan pengasas kerap kali didengari. Pengasas Instagram dan WhatsApp kesemuanya meniggalkan Facebook atas sebab yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd