Cari @ Amanz

Set Realiti Gabungan Samsung HMD Odyssey+ Dilancarkan Dengan Skrin Yang Dikemaskini

Link Copied!

Set realiti gabungan masih belum digunakan secara meluas berbanding set realiti maya. Ini besar kemungkinan kerana ia masih lagi menumpukan perhatian kepada pengguna industri dan sektor pendidikan. HMD Odyssey ialah set realiti gabungan yang dilancarkan Samsung tahun lalu. Semalam mereka melancarkan HMD Odyssey+ dengan beberapa penambahbaikan berbanding model tahun lalu.

Skrin kini hadir dengan teknologi baharu yang mengurangkan kesan screen door. Jarak di antara pixel kini lebih kecil dan memberikan kesan seakan ia mempunyai kepadatan pixel 1233PPI. Ia masih lagi dilengkapi dw-skrin 3.5 inci AMOLED dengan resolusi 1440×1600 pixel. Bagi keperluan audio ia hadir dengan sepasang fon telinga AKG dan menyokong pergerakan sehingga 6DOF. Di Amerika Syarikat ia HMD Oddyssey+ dijual pada harga $499 (~RM 2077).


Komen ()