Cari @ Amanz

Kewujudan peranti realiti gabungan Samsung telah diketahui selepas rekaannya tertiris dua minggu yang lalu. Hari ini Samsung HMD Odyssey akhirnya dilancarkan secara rasmi dan adalah sebuah peranti yang menyokong platform Windows Mixed Reality. Berbeza dengan peranti realiti gabungan keluaran Asus dan Lenovo, HMD Odyssey menggunakan dwi-skrin 3.5″ AMOLED beresolusi 1,440 x 1,600 pixel dengan kadar segar semula 90Hz. Ia turut memberikan sudut pandangan lebih lebar 110 darjah.

Terdapat mikrosofon dan fon kepala terbina yang ditala oleh AKG. Fon kepala ini turut menyokong audio spatial 360 darjah. Dua kamera pada bahagian hadapan membolehkan HMD Odyssey menyokong pergerakan 6DOF di dalam realiti maya. Dua pengawal permainan yang disertakan turut menyokong pergerakan 6DOF. Pengawal permainan ini menggunakan dua bateri AAA untuk berfungsi. Samsung HMD Odyssey akan mula dijual penghujung tahun ini pada harga $499 (~RM 1690) dengan pra-tempahan dibuka bermula hari ini di Amerika Syarikat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd