Kuo – Apple Sedang Membangunkan Model Baharu iPad Mini

Kuo – Apple Sedang Membangunkan Model Baharu iPad Mini

Diterbitkan pada Okt 24, 2018 oleh .

Kami mempunyai beberapa iPad di pejabat tetapi iPad Mini 2 yang sudah agak berusia adalah yang paling kerap digunakan. Ini adalah kerana ia ringan dipegang untuk sesi permua dan menstrim kandungan video. Di rumah ia digunakan anak sebagai pemain YouTube. Malang sekali kali terakhir ia dikemaskini ialah pada tahun 2015 dengan iPad Mini 4.

Sejak itu hanya model dengan saiz skrin besar dikemaskini. Menurut penganalisa Ming-Chi Kuo, Apple sedang membangunkan iPad Mini 5 dengan ramalan ia dilancarkan tahun hadapan. Ia akan hadir dengan pemproses yang dikemaskini (iPad Mini 4 menggunakan A8) dan skrin yang mampu milik. Ini juga bermakna ia mungkin tidak akan menyokong Apple Pencil seperti model iPad Pro.

Sebagai peminat iPad bersaiz kecil kami berharap ramalan ini menjadi kenyataan kerana iPad Mini kami sudah tidak lagi menerima kemaskini perisian.


TIPS & ULASAN