Cari @ Amanz

Komputer riba Windows tidak terkenal dengan ketahanan bateri yang baik. Dari pengalaman peribadi, kebanyakan komputer riba Windows hanya bertahan sekitar 10 jam pada penggunaan biasa. Ini membuatkan kami perlu membawa pengecas sepanjang masa. Hari ini HP Spectre x360 baharu telah dilancarkan dan menurut pengeluar ia mempunyai ketahanan bateri 22.5 jam.

Model kemaskini ia dijana pemproses Intel Core generasi kelapan dengan pilihan skrin 13 dan 15 inci (FHD atau 4K). Seperti model Spectre sebelum ini, Spectre x360 baharu hadir dengan rekaan kekisi audio menarik dan talaan dari Bang&Olufsen. Engsel skrin boleh berputar 360 darjah bagi membolehkan ia berfungsi seperti sebuah tablet lengkap dengan sokongan stylus.

Satu elemen rekaan menarik ialah port USB-C pada bahagian bucu. Menurut HP ini mengemaskan sambungan wayar apabila disambung kepada monitor misalnya. Pada sisi kanan pula terdapat butang khas yang mematikan kamera web bagi mereka yang mementingkan privasi.

Model 15-inci mempunyai kelebihan dengan kad grafik Nvidia GeForce GTX 1050Ti Max Q. Kedua-dua model baharu akan dijual pada bulan November dengan harga bermula dari $1,149.99 (~RM 4786).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd