Carian
Apple Dilaporkan Akan Memperkenalkan Perkhidmatan Penstriman Video Pada Peringkat Global
October 24, 2018 Aman

Apple telah diperkatakan beberapa kali yang mana mereka sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan perkhidmatan penstriman video mereka tersendiri – lebih kurang seperti Netflix atau Amazon Prime Video.

Terkini, laporan lanjut hadir mengatakan Apple merancang untuk melancarkannya pada peringkat global – di lebih 100 buah negara, dan bukan terhad kepada hanya Amerika Syarikat sahaja seperti beberapa perkhidmatan lain di pasaran.

Apple dijangka akan menyertakan sejumlah rancangan eksklusif pada perkhidmatan mereka, selain turut melesenkan beberapa kandungan daripada perkhidmatan pihak ketiga.

Ia tidak diketahui lagi sama ada perkhidmatan penstriman ini akan eksklusif untuk pengguna peranti Apple sahaja atau sebaliknya. Memandangkan Apple sedia membuka akses Apple Music kepada platform Android, terdapat kemungkinan untuk perkhidmatan penstriman video ini turut ditawarkan kepada pengguna peranti lain.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan bulan-bulan akan datang untuk mendengar lebih lanjut mengenai penawaran kandungan dan apa yang akan ditawarkan melalui perkhidmatan penstriman Apple ini kelak.

Komen