Peranti dengan skrin boleh lipat bukanlah satu berita yang baru. Samsung adalah antara yang terkenal. Baru sahaja semalam, mereka hadir dengan video acah yang memberikan petanda mengenai peranti dengan skrin boleh lipat. Kini, kelihatan adalah tablet Samsung dengan skrin boleh lipat. Kerana, baru-baru ini paten untuk peranti ini dilihat muncul di arena web.
Melalui imej lakaran paten ini, ia adalah sebuah tablet yang boleh dilipat baik secara ke dalam atau lipat keluar. Jika dilipat ke dalam, ia akan menjadi seperti peranti klasik yang boleh lipat. Jika dilipat keluar ia akan menjadi seperti telefon pintar dengan dwi skrin lengkung terus ke belakang.
Tetapi, pendaftaran paten hanyalah satu idea. Ia tidak semestinya akan dihasilkan atau akan menjadi realiti. Peranti boleh lipat Samsung dikatakan akan diperlihatkan bermula tahun hadapan. Kita hanya perlu tunggu dan nantikan sama-sama.