Apple Dan Samsung Didenda Kerana Sengaja Memperlahankan Peranti Lama

Apple Dan Samsung Didenda Kerana Sengaja Memperlahankan Peranti Lama

Diterbitkan pada Okt 25, 2018 oleh .

Teori konspirasi yang popular di kalangan pengguna ialah pengeluar peranti sengaja memperlahankan peranti lama dengan kemaskini perisian bagi memaksa mereka membeli peranti terbaru. Saban tahun pasca kemaskini pasti anda sendiri dapat melihat keluhan pengguna mengenai perkara ini. Di Itali, Apple dan Samsung telah didenda kerana didapati memperlahankan peranti dengan sengaja.

Apple dikenakan denda Euro 10 juta (~RM 48 juta) manakala Samsung pula dikenakan denda Euro 5 Juta (~RM 24 juta). Bayaran lebih tinggi dikenakan kepada Apple kerana mereka tidak memberitahu pengguna peranti akan diperlahankan menerusi kemaskini tahun lalu. Mereka terpaksa mengaku dan memohon maaf kepada pengguna kerana iOS memperlahankan kelajuan pemproses apabila mengesan prestasi bateri yang tidak lagi optimum bagi mengelakkan masalah peranti gagal beroperasi.

Apple dan Samsung akan melakukan rayuan ke atas denda yang dikenakan. Samsung mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan mereka tidak memperlahankan peranti tetapi sebaliknya menambah fungsi baharu untuk pengguna.



Paling Popular