Flags Terbaru Chrome OS Mengaktifkan Google Assistant Kepada Semua Chromebook

Flags Terbaru Chrome OS Mengaktifkan Google Assistant Kepada Semua Chromebook

Diterbitkan pada Okt 25, 2018 oleh .

Google Assistant pada Chrome OS mula diperkenalkan pada Chromebook Pixelbook tahun lepas. Sehingga kini ia adalah eksklusif buat Pixelbook sahaja. Kini, pada Chrome OS Canary terbaru – flags baru boleh mengaktifkan Google Assistant buat semua Chromebook.

chrome://flags/#enable-native-google-assistant

Di atas itu adalah flags terbaru yang perlu dimasukkan dalam bar carian Chrome. Selesai dimasukkan dan mengaktifkannya, Google Assistant akan muncul dan boleh digunakan. Menarik sekali, Google Assistant buat Chromebook mempunyai rekaan yang unik serta lebih selari dengan Android Pie. Selain itu, di bahagian talam notifikasi pula – Google Assistant turut mempunyai ruang khas seperti Cortana dalam talam notifikasi Windows 10.

Kemaskini lain pada Chrome OS sebelum ini telah pun kami laporkan. Chrome OS terbaru kelak menggunakan ARC++ Android Pie dan Chrome OS ini lebih mirip kepada antaramuka Android 9.0 Pie. Ia turut mempunyai Google Camera terbina. Jadi, jika anda adalah pengguna Chrome OS dan juga gemar menggunakan Google Assistant – boleh cuba aktifkannya dengan flags terbaru ini.


TIPS & ULASAN