Cari @ Amanz

Xiaomi Mi Mix 3 Kini Rasmi – Snapdragon 845, 10GB RAM, Dwi-Kamera Hadapan Dan Belakang

Oleh Aman

Link Copied!

Xiaomi hari ini telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka secara rasminya, iaitu Xiaomi Mi Mix 3. Telefon pintar ini meneruskan rekaan nirbingkai yang diterajui oleh keluarga peranti Mi Mix, dan masih kekal tanpa penggunaan sebarang takuk.

Xiaomi Mi Mix 3

Untuk mengatasi masalah menyembunyikan kamera hadapan, Xiaomi menggunakan rekaan peranti boleh-luncur – dimana skrin penuh dipaparkan dihadapan, dan pengguna perlu meluncurkan peranti untuk mengakses bahagian kamera hadapan.

Xiaomi Mi Mix 3

Xiaomi Mi Mix 3

Dari segi spesifikasi, Xiaomi Mi Mix 3 hadir dengan skrin 6.39-inci berasaskan OLED yang menawarkan rekaan nisbah skrin ke peranti mencapai 93.4%. Telefon pintar ini menggunakan cip Snapdragon 845, dan memori sehingga 10GB RAM. Peranti ini turut hadir dengan pilihan storan sehingga 256GB.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah penggunaan dwi-kamera belakang 12MP + 12MP, selain kamera swafoto 24MP + 2MP. Bahagian kamera ini turut hadir dengan sokongan kecerdasan buatan (AI) dalam menjadikan hasil rakaman anda lebih cantik. Xiaomi turut berkongsi mengatakan skor Mi Mix 3 untuk DxOMark adalah 103 – sekaligus mendahului Huawei P20.

Xiaomi Mi Mix 3

Xiaomi Mi Mix 3

Kamera Mi Mix 3 juga turut menyokong rakaman video gerak-perlahan 960fps. Ciri lain yang disertakan adalah sokongan pengecasan nirwayar bersama padanya, selain sokongan pembantu digital maya khusus di China.

Buat masa ini, Mi Mix 3 hanya diumumkan untuk pasaran di China sahaja, dan kita mungkin melihat ia diumumkan untuk pasaran global tidak lama lagi. Di China, Mi Mix 3 dijual pada harga bermula 3299 Yuan untuk versi 6GB RAM, iaitu sekitar RM1981. Versi 10GB RAM pula bakal ditawarkan pada harga 4999 Yuan, iaitu sekitar RM3000.

Xiaomi Mi Mix 3


Komen ()