Carian
Facebook Dilaporkan Sedang Membangunkan Aplikasi Pesaing Untuk TikTok
October 25, 2018 Aman

TikTok merupakan salah satu aplikasi yang semakin hari semakin popular dikalangan pengguna muda dan remaja. Ia membolehkan pengguna memainkan lagu atau dialog, dan seterusnya seseorang pengguna mengajuk atau menari.

Terkini, ia dilaporkan Facebook turut sedang membangunkan sebuah aplikasi dengan ciri lebih kurang sama. Ia dikatakan pasukan Facebook Video dan Watch disebalik pembangunan projek aplikasi baru yang dikenali dengan nama “Lasso”.

Melaluinya, ia menawarkan paparan skrin penuh, memfokuskan pengguna remaja, dan memudahkan penghasilan kandungan – lebih kurang sama seperti apa yang ditawarkan TikTok.

Facebook pada hari ini mempunyai ciri dinamakan Lip Sync Live, tetapi boleh dikatakan agak kurang popular jikalau dibandingkan dengan TikTok atau Musically.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Facebook akan memperkenalkan aplikasi baru yang bakal bersaing terus dengan TikTok ini. Adakah kita akan dapat melihat Facebook berjaya memenangi hati pengguna muda dan remaja kembali, atau sebaliknya?

Komen