Cari @ Amanz

Google Mungkin Akan Hadir Dengan Pelan Langganan ‘Play Pass’ Buat Play Store

Link Copied!

Netflix, Spotify, iFlix, DC Universe, Playstation Plus, dan banyak lagi adalah sejenis perkhidmatan yang perlu di bayar untuk melanggan. Langganan ini kebiasaannya memberi banyak faedah kepada pelanggan seperti harga produk lebih murah, kandungan eksklusif dan lain-lain. Kini, Google dilihat ingin menawarkan satu perkhidmatan langganan baru khusus buat Play Store melalui ‘Play Pass‘.

Seorang pembangun XDA mengubah barisan kod buat .APK Play Store dan menemui petanda mengenai ‘Play Pass’. ‘Play Pass’ yang ditemui dalam barisan kod ini juga jelas memberitahu ia adalah satu perkhidmatan langganan. Kewujudan ‘Play Pass’ ini dilihat adalah sahih apabila terdapat soalan mengenainya melalui soal kaji selidik Google Opinion Rewards.

Sebelum ini, Google telah memulakan Play Points – satu program ganjaran untuk pengguna yang memberi ganjaran berdasarkan pembelian yang pengguna lakukan.


Komen ()