Carian
Facebook Mengesahkan Sedang Membangunkan Kaca Mata AR
October 26, 2018 Aman

Facebook sebelum ini pernah berkongsi secara ringkas berkaitan perkembangan arena realiti-gabungan (augmented reality). Terkini, bercakap lanjut mengenainya, wakil Facebook mengesahkan yang mana mereka sedang membangunkan kaca mata pintar realiti-gabungan.

Perkongsian baru ini hadir lanjutan daripada pengenalan perkakasan Facebook Portal oleh syarikat teknologi berkenaan baru-baru ini. Dengan pengumuman ini, ia sekaligus memperlihatkan yang mana Facebook bakal hadir dengan beberapa perkakasan lain selepas ini – termasuk mengikut laporan ini mengatakan Facebook sedang membangunkan set kotak untuk televisyen.

Kaca mata pintar AR bukan sesuatu yang baru, tetapi turut menjadi fokus pelbagai pihak lain. Sebelum ini, Mark Zuckerberg sendiri pernah berkongsi secara ringkas mengenai usaha AR di Facebook – dimana mereka menyasarkan kelak kita akan melihat penggunaan kaca mata AR seumpama kaca mata biasa hari ini. Melalui penggunaan kaca mata AR, ia dijangka akan memperlihatkan sejumlah informasi berguna kepada pengguna ketika berada di sesuatu lokasi, selain mengelak mereka daripada tertinggal sebarang notifikasi dan sebagainya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Facebook akan melancarkannya secara rasmi. Tetapi, pengesahan Facebook berkenaan sedang membangunkan kaca mata pintar ini semestinya akan membuatkan pesaing mereka yang lain turut bergiat aktif dalam pembangunan peranti lebih kurang sama.

Komen